Thursday, 8 December 2022

iPhone 14 dikeluarkan di India

  • Published in Teknologi

(FOTO AFP)

INDIA, 27 September- Telefon pintar baharu Apple akan dikeluarkan di India, menurut syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu.

Syarikat itu berkata, keputusan itu dibuat untuk mempelbagaikan pengeluaran daripada pergantungan kepada China.

Rantaian bekalan iPhone berpangkalan terutamanya di China tetapi dasar sifar COVID-19 negara itu dan ketegangan dengan AS telah menjejaskan pengeluaran, kata penganalisis.

"Kami teruja untuk mengeluarkan iPhone 14 di India," kata Apple dalam satu kenyataan ringkas.

Firma yang berpangkalan di California itu sudah pun membuat model iPhone lama di India melalui pengeluar Taiwan seperti Foxconn, yang mempunyai kilang di negeri selatan Tamil Nadu.

Pengumuman terbaru dibuat hanya beberapa minggu selepas Apple melancarkan telefon pintar baharu.

Menurut penganalisis, Canalys Sanyam Chaurasia Apple memulakan pengeluaran iPhone 14 di India lebih awal berbanding model sebelumnya.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia semakin mempelbagaikan rantaian bekalannya ke India," kata Chaurasia kepada AFP.

(Pembuatan telefon pintar baharu Apple akan dikeluarkan di India, menurut syarikat gergasi
teknologi Amerika Syarikat (AS) itu/AFP)


Kira-kira 7.5 juta iPhone iaitu sekitar tiga peratus daripada pengeluaran global Apple dibuat di India tahun lepas, tambah penganalisis itu.


“Kami menjangkakan pengeluaran iPhone tempatan boleh mencecah lebih 11 juta tahun ini,” katanya.

Pengumuman Apple akan menjadi rangsangan kepada strategi "Buat di India" yang diumumkan Perdana Menteri Narendra Modi di mana beliau telah menggesa perniagaan asing untuk mengeluarkan barangan di negara Asia Selatan. -AFP