Thursday, 8 December 2022

iPhone 14 dijangka dilancar 7 September

  • Published in Teknologi

(FOTO FAIL REUTERS)

SAN FRANCISCO, 25 Ogos- Penganalisis menjangkakan syarikat Apple Inc akan memperkenalkan iPhone 14 generasi baharu seminggu lebih awal daripada kebiasaannya pada awal musim luruh, susulan satu jemputan media pada 7 September ini.

Sekiranya Apple mengikut corak penghantaran peranti kira-kira lebih daripada seminggu selepas ia dilancarkan, ia boleh menambah dua minggu jualan iPhone pada suku keempat fiskal syarikat.

Reuters sebelum ini melaporkan bahawa Apple memberitahu pembekal ia menjangkakan satu generasi baharu telefon akan diperkenalkan.

Apple juga dijangka memperkenalkan rangkaian versi baharu beberapa produk popularnya termasuk Apple Watch, iPad dan Mac pada majlis pelancaran itu.

Walaupun syarikat itu sebahagian besarnya melindungi iPhone daripada pergolakan rantaian bekalan, ia memberi amaran bahawa kekurangan alat ganti boleh menghalang jualan beberapa produk lain.

Apple merancang untuk menganjurkan acara bersemuka itu, yang pertamanya bagi syarikat itu selepas pandemik COVID-19 di Teater Steve Jobs di ibu pejabatnya di Cupertino, California. - REUTERS

(Berdasarkan tradisi pelancaran, pengumuman iPhone baharu itu akan turut disertai
dengan pelancaran beberapa peranti lain terutamanya Apple Watch/AFP)