Sunday, 26 June 2022

Teknologi 5G, beri landskap baharu dalam dunia e-sukan

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Teknologi 5G bakal membuka dimensi baharu kepada dunia e-sukan khususnya permainan mudah alih.

Capaian internet yang lebih laju berupaya menyokong visual yang lebih berkualiti, sekali gus menjadikan permainan lebih kompetitif.

Ketua Yoodo Malaysia, Chow Tuck Mun berkata syarikat telco perlu merebut potensi ditawarkan menerusi e-sukan untuk mempelbagaikan lagi produk bersesuaian minat generasi muda.

"5G memberi peluang kepada pelbagai kesan lain dalam permainan, bukan sahaja pasal kelajuan tetapi ini membenarkan kadar bingkai lebih tinggi dan visual permainan lebih cantik sebab dia punya saiz visual dia lebih besar," kata Tuck Mun kepada RTM.

Industri pemainan video Malaysia merupakan yang ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan saiz pasaran mencecah RM3 bilion.

Yoodo merupakan anak syarikat Celcom Axiata Berhad, dianggarkan mempunyai sekitar 1 juta pelanggan.


(Ketua Yoodo Malaysia, Chow Tuck Mun (kiri) dan Pengurus Gank, Kevin Wong (kanan)/FB Yoodo)