Thursday, 26 May 2022

NAICO pacu pembangunan ekosistem industri aeroangkasa

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR, 18 Januari - Kerajaan meluluskan penubuhan Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (NAICO Malaysia) sebagai agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata NAICO akan memacu pembangunan ekosistem industri aeroangkasa dan menyelaras inisiatif di bawah Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

"Kelulusan itu sejajar pertumbuhan memberangsangkan industri aeroangkasa.

"Industri itu merekodkan pendapatan berjumlah RM16.2 bilion pada 2019 dan menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada lebih 10,000 pekerja tempatan.

"Aeroangkasa dikenal pasti sebagai salah satu industri strategik dan memberi impak besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara,"katanya dalam satu kenyataan.