Friday, 27 May 2022

KPM terus komited dalam memperbaiki capaian internet di sekolah

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR, 21 Disember - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited dalam memperbaiki capaian internet di sekolah.

Justeru, kerjasama bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sedang digiatkan bagi menambah pemasangan 'Hot Spot' dalam kawasan sekolah.

Jelas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, meskipun hampir semua sekolah mempunyai capaian internet, namun liputan yang diterima adalah berbeza mengikut lokasi.

"Secara umumnya, hampir semua sekolah di Sabah dan Sarawak sudah mempunyai internet cuma signalnya terlalu lemah. Untuk sekolah yang mempunyai isyarat lemah, kita menggunakan Vsat, jelas Dr. Radzi menjawab soalan Senator Mohd Apandi Mohamad di Dewan Negara. 

Secara umumnya, hampir semua sekolah mempunyai akses internet namun begitu, KPM sedang bekerjasama dengan MAMPU untuk mengukuhkan lagi intenet di sekolah terutamanya menambah lebih banyak hotspot dlm kawasan sekolah.

Sebelum ini, hotspot hanya di kawasan pejabat sekolah dan bilik guru.

Namun KPM sedang berusaha meningkatkan lagi hotspot di sekitar sekolah agar pelajar boleh menikmati capaian internet secara lebih meluas.