Logo

Pelaksanaan JENDELA berjaya meningkatkan peratus liputan 4G dikawasan berpenduduk di Sarawak kepada 81.37% pada suku ketiga tahun ini berbanding 73.76% sebelum inisiatif itu dilaksana

KUALA LUMPUR, 21 Disember - Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) berjaya meningkatkan peratus liputan 4G dikawasan berpenduduk di Sarawak kepada 81.37% pada suku ketiga tahun ini berbanding 73.76% sebelum inisiatif itu dilaksana.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, usaha penambahbaikan rangkaian akan diteruskan bagi memberikan kualiti pengalaman lebih baik kepada pengguna.

Datuk Zahidi turut memaklumkan, sejak September 2020 hingga 30 November lalu, sebanyak 81 tapak menara komunikasi baharu telah siap dibina di Sarawak.

Selain itu, sebanyak 2,104 stesen pemancar telah dinaiktaraf dan hampir 70,000 premis sudah tersedia gentian optik.

Penyediaan 240 daripada 523 jalur lebar satelit juga telah selesai dalam tempoh berkenaan.

Pelaksanaan kesemua inisiatif JENDELA itu akan siap secara berperingkat hingga penghujung 2022, manakala bagi perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit pula, dijangka siap secara berperingkat hingga awal tahun depan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.