Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Projek jalan berkembar ke bandar Limbang dijangka siap penghujung bulan Mac 2022

  • Published in Teknologi

LIMBANG, 24 November - Projek jaringan jalan berkembar menuju ke bandar Limbang dijangka siap penghujung bulan Mac tahun hadapan.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail menjelaskan, projek tersebut dilaksana bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan bandar selain memperbaharui landskap pembangunan daerah Limbang.

Projek yang dilaksanakan dibawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) itu menelan kos berjumlah RM20 juta.

Ia membabitkan kerja naiktaraf jalan dua hala kepada laluan empat hala ke bandar Limbang.

Datuk Dr Abdul Rahman memaklumkan selepas membuat lawatan kerja ke tapak projek tersebut dan projek Tebingan Sungai Limbang fasa dua di Limbang.

Tambah beliau, projek-projek pembangunan lain termasuk projek tebingan sungai, projek muzium dan projek jejantas penghubung tebingan sungai dijangka siap mengikut jadual yang ditetapkan pada tahun 2023 dan 2024.