Tuesday, 18 January 2022

updated 4:18 AM UTC, Jan 18, 2022

Sistem Maklumat Bersepadu Halal melibatkan enam sistem kawal selia sijil halal

  • Published in Teknologi

PUTRAJAYA, 23 November - Sistem Maklumat Bersepadu Halal berfungsi sebagai pangkalan data sedang dibangunkan JAKIM dengan kos RM3.4 juta.

Ia merangkumi enam sistem kawal selia berkaitan pensijilan halal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sistem terbabit melibatkan sinergi antara pihak berkuasa, industri tempatan dan badan dari luar negara.

Ia merangkui sistem MyeHALAL domestik dan antarabangsa, Sistem Cetakan Sijil Elektronik serta Lembaga Pihak Berkuasa Halal Antarabangsa Malaysia.

Pangkalan data turut mencakupi Modul Permohonan Sembelihan Luar Negara dan Modul Pengurusan Ramuan Produk Halal malaysia.

Sistem dijangka boleh mula digunakan dua tahun lagi.

Dua lagi inisiatif turut dibangunkan iaitu Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Antarabangsa dan Modul Eksekutif Halal Antarabangsa.

Program membolehkan pemain industri antarabangsa memohon sijil halal secara terus daripada JAKIM.