Tuesday, 16 August 2022

Pembangunan perdagangan di Jalan Scott-Brickfields tidak akan ditarik balik

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR, 19 November - Kelulusan bagi cadangan pembangunan perdagangan di atas Lot 635, Seksyen 55, Jalan Scott-Brickfields, ibu negara tidak akan ditarik balik.

Ini kerana, pembangunannya telah mematuhi keperluan teknikal perancangan, antaranya anjakan bangunan, akses keluar masuk, penyediaan tempat letak kereta dan kemudahan awam lain.

Kelulusan intensiti pembangunan perdagangan di atas Lot 635, Seksyen 55, Jalan Scott-Brickfields melibatkan nisbah plot 1 kepada 6.5.

Ia dirancang untuk pembinaan sebuah blok Pejabat Kecil dan Pejabat Rumah setinggi 38 tingkat.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan wakil Bukit Bintang, Fong Kui Lun, sama ada kerajaan bersedia menarik balik kelulusan cadangan pembinaan projek tersebut yang didakwa mendapat bantahan keras penduduk sekitar.