Logo

MAFI akan terus memantapkan ladang sinergi

KUALA LUMPUR, 19 November - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan terus memantapkan ladang sinergi melalui pengukuhan projek sedia ada dan kawasan baharu.

Setakat ini, sebanyak tiga buah ladang ditambah dengan sistem ternakan baharu di Pulau Pinang dan Perak.

Inisiatif ini sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara.

Selain itu, pihaknya juga akan memperkukuh kluster ternakan dan pembenihan dengan mewujudkan program pembenihan ikan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.