Saturday, 15 May 2021

updated 1:08 PM UTC, May 15, 2021

Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber bantu kerajaan perluaskan perkhidmatan pintar

  • Published in Teknologi

CYBERJAYA, 12 April- Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber untuk Kerajaan Malaysia dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia dijangka membolehkan sektor kerajaan memperluaskan perkhidmatan pintar baharu dengan segera di pelbagai agensi dengan kos pelaksanaan lebih rendah.

Perkhidmatan berkenaan menyediakan keupayaan yang lengkap merangkumi perkhidmatan awan secara menyeluruh.

Ia termasuk infrastruktur-sebagai-perkhidmatan, platform-sebagai-perkhidmatan, perisian-sebagai-perkhidmatan, perkhidmatan profesional awan serta perkhidmatan awan terurus bagi kerajaan.

Kerajaan melalui strategi ‘Cloud First’, telah menyasarkan migrasi 80 peratus data awam ke Sistem Awan Hibrid atau ‘Hybrid Cloud System’ menjelang akhir tahun 2022 sebagai langkah untuk memperkasa perkhidmatan pengkomputeran awan bagi sektor awam.

Pada majlis ini juga, Tan Sri Muhyiddin turut menyaksikan pemeteraian perjanjian bagi Panel Pengkomputeran Awan Berpusat TM dan Penyedia Perkhidmatan Terurus antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Cloud Connect Sdn. Bhd.

Kerjasama strategik ini telah melantik Cloud Connect sebagai penyedia perkhidmatan terurus TM, untuk mempermudahkan lagi penerimaan awan bagi agensi kerajaan.