Wednesday, 4 August 2021

updated 1:18 PM UTC, Aug 4, 2021

MARDI lancar 4 produk inovasi makanan

  • Published in Teknologi

SERDANG, 10 Mac - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melancarkan empat produk inovasi makanan baharu berkonsepkan makanan kesihatan.

Produk itu ialah Sup Campuran Diperkaya Ekstrak Pegaga, Tepung Pracampuran Pudding Jeli Tinggi Protein, Tepung Pracampuran Roti Prebiotik dan Air Kelapa Difermentasi.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid, populasi rakyat yang terdedah kepada risiko pelbagai penyakit memerlukan amalan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Beliau mengulas perkara itu dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Teknologi Makanan 2020.