Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Penjagaan transmisi panjangkan jangka hayat kenderaan

  • Published in Teknologi

ANGKASAPURI, 4 Januari - Penjagaan transmisi kenderaan atau 'gearbox' perlu dititikberatkan pemandu bagi memanjangkan jangka hayat kenderaan.

Menurut perunding usahawan automotif, Mohmd Zaidi Mod Soude, aspek penjagaan bahagian ini sering kali dilupakan pemandu kerana hanya memfokuskan penjagaan bahagian lain.

Sekiranya tidak dijaga dan diselenggara dengan baik, ini menyebabkan terpaksa mengeluarkan kos tinggi yang boleh mencecah belasan ribu ringgit untuk membaik pulih kerosakan.

Malah katanya, teknik pemanduan yang betul dapat mengelak transmisi kenderaan cepat rosak dan mampu bertahan lebih lama.

Beliau menyatakannya selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.