Saturday, 15 May 2021

updated 2:03 PM UTC, May 15, 2021

Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, program penghijauan Malaysia

  • Published in Teknologi

ANGKASAPURI, 4 Januari - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang akan dilancarkan esok diharap dapat menarik minat golongan muda untuk menanam dan mengenali spesies pokok.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, aplikasi Penghijauan Malaysia turut diperkenal bagi tujuan berkenaan.

Beliau menyeru orang ramai untuk bersama mengambil inisiatif mengekalkan kelestarian alam sekitar, sekali gus mencapai sasaran kempen.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.