Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

"Suresawit" teknologi pemprosesan DNA tingkat kualiti pengeluaran minyak sawit

  • Published in Teknologi

PETALING JAYA, 24 Ogos - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui kerjasama Orion Biosains Sdn Bhd berjaya membangunkan teknologi pemprosesan DNA dinamakan SureSawit.

Teknologi tersebut berupaya mengesan benih sawit dari baka Dura yang mempunyai jumlah perahan rendah.

Keputusan analisis diketahui dalam tempoh 24 jam.

Pengerusi MPOB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menjelaskan secara tidak langsung, teknologi berkenaan dapat memastikan pengusaha sawit menanam benih hanya dari baka Tenera yang mempunyai kandungan minyak lebih tinggi.

Teknologi pemprosesan DNA ini juga diyakini mampu meningkatkan lagi kualiti pengeluaran minyak sawit tempatan.

Beliau meninjau fasiliti makmal penyelidikan Orion Biosains, di Puchong, Selangor.

Dalam pada itu, MPOB menerusi Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) sedang mengenal pasti strategi bagi mengatasi kebergantungan kepada tenaga buruh asing dalam sektor perladangan sawit.

Antaranya termasuk pemberian insentif galakan dan latihan kemahiran bagi menarik penyertaan warga tempatan.

PLASMA sebelum ini menyasarkan kemasukan 400 pelajar setahun menyertai Kursus Operasi Mekanisasi Ladang kendaliannya.