Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

COVID-19: Kelantan catat kes baharu libatkan wanita mengandung

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 20 Mei - Selepas bebas COVID-19 dan diklasifikasikan sebagai zon hijau sejak 28 April lalu dan tiada kes baharu selama 14 hari sebelumnya, Kelantan akhirnya melaporkan satu kes jangkitan baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya di Putrajaya mengesahkan perkara itu.

Ia melibatkan kes rentas negeri membabitkan seorang wanita hamil dari zon merah di Ampang ke Kuala Krai.

Selain Kelantan, Kedah dan Terengganu yang tiada kes baharu COVID-19 antara dua minggu hingga lebih satu bulan, turut masing-masing merekodkan satu kes jangkitan baharu, hari ini.

Dalam pada itu Datuk Dr. Noor Hisham menyeru individu yang telah diluluskan permohonan rentas negeri membuat saringan COVID-19 sekiranya mempunyai gejala.