Logo

Twitter dan TweetDeck terganggu

KUALA LUMPUR -  Twitter dan aplikasi urusan dashboard bagi Twitter, dipanggil TweetDeck mengalami gangguan bagi sejumlah besar pengguna selepas gergasi media sosial itu mengalami kerosakan global.

Kataya pihaknya mengalami gangguan pada sebahagian besar Twitter dan TweetDeck termasuk mengalami masalah melakukan Tweeting, mendapatkan notifikasi, atau melihat DMs.

Menurut Twitter Support yang mengirim notis di halamannya pada tengah hari memaklumkan pihaknya sedang berusaha membaiki kerosakan dan keadaan harus kembali normal dalam sedikiti masa.

Terdahulu, Tweetdeck mengalami gangguan dan isu berkenaan dipercayai bermula pada 8 malam hari Selasa di wilayah tertentu dan pada 11 pagi hari Rabu, Bernama mendapati pengguna yang cuba melakukan log-in ke TweetDeck diarahkan ke laman web Twitter biasa.

Menurut Laporan Kerosakan, laman itu tidak dapat diakses di seluruh Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara dan Selatan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.