Tuesday, October 22, 2019
updated 1:50 AM UTC, Oct 22, 2019

JCorp lancarkan sebuah aplikasi digital, "LifeMed" melalui telefon pintar

  • Published in Teknologi

Johor Corporation (JCorp) melancarkan sebuah aplikasi digital, "LifeMed" untuk pemantauan dan penjagaan kesihatan melalui telefon pintar.

Aplikasi itu dibangunkan menerusi anak syarikatnya, N2W Corporation Sdn Bhd dan syarikat United Kingdom, Smartmed Global Limited (Smartmed).


LifeMed mengintegrasikan 3 komponen utama iaitu peranti perubatan gred klinikal, aplikasi mudah alih dan portal untuk kegunaan doktor dan pesakit.

Ia dilengkapi sistem pemeriksaan kesihatan jarak jauh bagi membolehkan pesakit mengurus penyakitnya dengan lebih baik

Selain, membolehkan pihak perubatan memantau keadaan pesakit mereka.

Peranti perubatan digunakan untuk mengambil bacaan kesihatan seperti tekanan darah serta kadar glukosa dalam darah.

Data itu kemudiannya akan dipindahkan ke aplikasi mudah alih menggunakan teknologi "Bluetooth" terkini.

Data kesihatan itu akan dihantar ke portal LifeMed dengan sambungan Internet agar portal itu dapat diakses pasukan kesihatan seperti doktor.##