Wednesday, 30 September 2020

updated 2:06 AM UTC, Sep 30, 2020

Hati-hati sebar video buli, semak butiran kejadian

  • Published in Nasional

BENTONG, 17 Feb - Kementerian Pendidikan (KPM) meminta masyarakat supaya berhati-hati ketika menularkan sebarang video lama membabitkan masalah disiplin pelajar sekolah di negara ini.

Selain memberi kesan buruk kepada mangsa, sebahagian kes juga telah berjaya diselesaikan.

Timbalan Menterinya,Teo Nie Ching berkata, kementeriannya ada menerima beberapa klip video lama yang tidak bertarikh dan meminta untuk disiasat.

Bagaimanapun hasil siasatan pihaknya, video tersebut merupakan video lama, sebahagian kes sudah selesai dan ada juga yang berlaku di negara jiran.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman, Bentong, Pahang.

Turut berlangsung pelancaran Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah yang diterbitkan dengan kerjasama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaaan Malaysia (NUTP).

75,000 naskhah diedarkan ke lebih 10,000 sekolah, jabatan dan agensi berkaitan.