Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Malaysia Di Kedudukan Pertama Kategori Penjagaan Kesihatan Indeks Persaraan

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki carta pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019, dengan skor 95 daripada 100 mata.

Memetik akhbar Costa Rica News, terdapat 13 hospital yang memperoleh akreditasi daripada Suruhanjaya Antarabangsa Bersama (JCI) di negara ini, dan hampir kesemua doktor fasih berbahasa Inggeris.

Malah, kebanyakan doktor di Malaysia mendapat latihan di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia, maka komunikasi adalah sempurna dan tidak menghairankan Malaysia menjadi destinasi pelancongan popular.

((FOTO: GAMBAR HIASAN))