Tuesday, 21 March 2023

Mohamad Salim dilantik pengerusi SKMM baharu berkuatkuasa esok

KUALA LUMPUR, 28 Februari - Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang baharu berkuatkuasa 1 Mac ini.

Pelantikan Mohamad Salim yang akan berkhidmat bagi tempoh dua tahun itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil melalui akaun Facebook hari ini.

Fahmi dalam hantarannya berkata, beliau berharap dengan pelantikan Mohamad Salim itu dapat mengatasi isu -isu prasarana komunikasi di kawasan penduduk yang masih belum mempunyai capaian internet.

"Saya percaya pelantikan beliau akan membantu ke arah usaha mengatasi isu-isu prasarana komunikasi termasuk bagi tiga peratus kawasan berpenduduk yang masih belum punyai capaian internet, bagi mengatasi kesenjangan digital dan memacu Malaysia ke arah ‘dekad digital keemasan," katanya di sini pada Selasa.

Mohamad Salim pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah SKMM serta menjadi ‘Pengerusi Interim’ SKMM dari Jun 2022 sehingga Januari 2023.


(Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (Kiri)
dan Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek (Kanan)) 

  • Written by Media Baharu
  • Category: Teknologi
  • Hits: 312