Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

EURO 2016 - Wales Kalahkan Belgium 3 - 1, Mara Ke Separuh Akhir

 

Paris - Wales bermain cemerlang kalahkan Belgium 3 - 1 di Lille dan mara ke separuh akhir kejohanan utama buat kali pertama.

Radja Nainggolan meletakkan Belgium ke hadapan dengan tendangan gemuruh dari 25 ela pada minit ke-13, tetapi kapten Wales Ashley Williams menanduk masuk sepakan sudut pada minit ke-30 untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama.

Sorakan Wales meningkat apabila Hal Robson-Kanu, penyerang tanpa kelab, memberikan mereka mendahului dengan gerakan pusingan bola yang cantik dan selesainya dengan gol pada minit ke-55.

Selepas menahan tekanan Belgium lewat permainan, Wales mengesahkan kemenangan menerusi tandukan pemain gantian Sam Vokes pada minit ke-85 dan Wales berjayalah maju ke separuh akhir dan akan menentang Portugal.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 1164