Wednesday, 23 June 2021

updated 3:18 AM UTC, Jun 23, 2021

Keputusan Piala Malaysia

Kuala Lumpur - Kedah kembali menemui rentak permainan menarik apabila berjaya mencatat kemenangan kedua menewaskan T-Team 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. 

Smelts Shane Edward muncul pemusnah menjaringkan kedua-dua gol. 

Sementara, hasrat Selangor untuk meneruskan rentak kemenangan kumpulan B tidak kesampaian apabila diikat Kelantan pada saat akhir, jaringan Abdul Manaf Mamat. 

Aksi kedua di Stadium Shah Alam itu berakhir dengan keputusan seri 3 sama. 

Rekod tanpa kalah Felda United dilaman sendiri akhirnya lebur apabila dikejutkan  0-1 Terengganu dalam aksi Kumpulan D di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. 

Norshahrul Idlan Talaha berjaya menjaringkan gol pertama pelawat pada minit ke-49 menewaskan Mohd Farizal Harun. 

Felda United turut mempunyai peluang keemasan untuk memperoleh gol pertama pada masa kecederaan namun sepakan Lutfulla Turaev sedikit melewati palang gol dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.

 

 

 

 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 807