Tuesday, 17 May 2022

Makaf gugurkan 5 ahli gabungan, cubaan gugat kepimpinan

GUA MUSANG, 9 Januari - Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) menggugurkan lima daripada 12 ahli gabungannya yang cuba menjatuhkan kepimpinan badan itu pada 2019.

Perkara itu diputuskan ketika Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Makaf semalam.

Tambahnya, walaupun ahli gabungan terbabit digugurkan daripada Makaf, atlet mereka masih boleh menyertai kejohanan di mana-mana peringkat.

Makaf juga bersetuju menerima kembali baki 7 ahli gabungannya iaitu Persatuan Hayashi-Ha Malaysia, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sarawak, Kedah dan Polis.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Sukan
  • Hits: 141