Tuesday, 18 January 2022

updated 4:18 AM UTC, Jan 18, 2022

Inter Milan ikat pemain Denmark

MILAN, 29 Jan - Inter Milan telah mengikat pemain Denmark, Christian Eriksen dari pasukan Tottenham Hotspur menerusi kontrak permainan selama empat tahun selepas kedua-dua pasukan bersetuju dengan pemindahan itu.

Pemain berusia 27 tahun itu yang mengalami penurunan prestasi musim ini telah tamat kontrak bersama Spurs sejak Jun lalu sebelum jendela perpindahan pemain dibuka bulan ini.

Bagaimanapun, menerusi perjanjian itu, tidak dinyatakan nilai kewangan terperinci, namun terdapat laporan yang menyatakan EUR20 juta dibelanjakan bagi mendapatkan pemain posisi tengah itu.

Eriksen pernah menjaringkan 51 gol dan 62 gol bantuan dalam Liga Perdana Inggeris sejak menyertai Ajax Amsterdam pada 2013.

Beliau juga membantu Spurs mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara tahun lalu, buat pertama kali.

Bagaimanapun, penampilannya musim ini jatuh di bawah par termasuk mengecewakan para peminat apabila kerap digantikan sepanjang perlawanan berlangsung.

Inter Milan kini berada di kedudukan kedua dalam Serie A dengan kutipan tiga mata di belakang Juventus.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Sukan
  • Hits: 924