Wednesday, November 20, 2019
updated 12:42 PM UTC, Nov 20, 2019

Sukan Olimpik Tokyo 2020 : Atlet setuju venue maraton ditukarkan ke Sapporo

LONDON - Menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabsanga (IOC) Thomas Bach kela dengan dengan pendiriannya untuk menukar venue acara maraton dan jalan kaki ke Sapporro.

Tegas Bach, majoriti atlet yang terlibat bersetuju dengan pertukaran venue berkenaan berikutan kawasannya lebih sejuk berbanding Tokyo yang dijangka berdepan suhu panas dan berbahang.

Bercakap pada Majlis Pelancaran dan Perjanjian Penajaan selama sembilan tahun dengan Airbnb di London, Bach berkata, perubahan venue itu telah diputuskan selepas beberapa perbincangan melibatkan acara ketahanan itu.

Dari Tokyo, acara maraton dan jalan kaki adakan dipersetujui untuk dilangsungkan di Sapporo yang terletak di utara Jepun.

Jarak dari Tokyo ke Sapporo ialah 800 kilometer.

Berdasarkan keputusan mesyuarat pihak penganjur, acara itu akan berlangsung di Odori Park.

Bagaimanapun IOC mahu mengekalkan tradisi acara maraton lelaki diadakan pada hari terakhir temasya dan hadiah akan disampaikan pada Majlis Penutup.

Ini bermakna semua atlet maraton akan diterbangkan ke Tokyo sejurus selepas acara berakhir untuk berada di Stadium Olimpik sebelum upacara penutup bermula.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 63