Piala FA: Manchester United 3 Fulham 1
(Penyerang Fulham (tengah) dihalang selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil Inggeris
Chris Kavanagh (kiri) semasa perlawanan bola sepak suku akhir Piala FA Inggeris /AFP)
MANCHESTER, 20 Mac- Manchester United melangkah ke perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris menentang Brighton dengan cara yang luar biasa dalam perlawanan suku akhir di Old Trafford yang menyaksikan ketua pasukan Fulham, Aleksandar Mitrovic dibuang padang kerana menolak pengadil.
Mitrovic dilayangkan satu daripada tiga kad merah yang diterima Fulham dalam masa beberapa saat selepas dia menyerbu Chris Kavanagh pada minit ke-72 kerana menghadiahkan sepakan penalti kepada United.
Terdahulu semakan VAR mendapati pemain tengah, Willian menggunakan tangannya untuk menepis rembatan Jadon Sancho yang menuju tepat ke gawang.
Bintang Brazil itu juga dibuang padang bersama pengurus Fulham, Marco Silva.
United mengambil kesempatan menerusi dua gol jaringan Bruno Fernandes dan gol pertama Marcel Sabitzer untuk kelab itu untuk meraih kemenangan 3-1.
“Mitro harus mengawal emosinya sedikit,” kata Silva. "Jika dia mahu memberi saya kad merah, saya perlu menerimanya kerana dia langsung tidak mendengar kata-kata saya. Semasa saya meninggalkan kawasan saya, saya perlu menerimanya," katanya.
Sebelum kejadian, Fulham mendahului 1-0 hasil jaringan Mitrovic pada minit ke-50.
Manchester United seterusnya akan menentang Brighton yang menumpaskan pasukan divisyen bawahan, Grimsby 5-0. -AFP
(Bruno Fernandes menjaringkan gol pertama mereka menerusi sepakan penalti semasa
perlawanan bola sepak suku akhir Piala FA Inggeris/AFP)
- Written by Media Baharu
- Category: Sukan
- Hits: 97