Monday, August 26, 2019
updated 5:57 AM UTC, Aug 26, 2019

JDT tewaskan PKNP FC, 5-0

JOHOR BAHRU - Piala Malaysia 2019

Pendahulu kumpulan B, Johor Darul Takzim, JDT mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu selepas membenam PKNP FC, 5-0 di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin.

Tuan rumah mendahului sejak minit ke-13 menerusi jaringan Mauricio Dos Santos.

JDT semakin selesa dengan 2 gol, kali ini giliran Gonzalo Cabrera mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-31.

Gol ketiga JDT muncul pada minit ke-36 menerusi jaringan penalti Safawi Rashid.

JDT sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti, kira-kira 3 minit selepas permainan bersambung, dan disudahkan Diogo Santo.

Jaringan kedua peribadi Safawi hadir pada minit ke - 62, menjadikan kedudukan selesa buat tuan rumah, 5-0.

Selepas 4 perlawanan, JDT mendahului carta kumpulan B dengan 10 mata, hasil 3 kemenangan dan seri sekali.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 68