Bolasepak Liga Perdana Inggeris
London - Lapan perlawanan berlangsung semalam, menyaksikan Leicester City mengukuhkan kedudukan membenam Liverpool 2-0.
Sementara, Manchester City terpaksa bekerja keras untuk mengejar kedudukan Leicester apabila menang tipis 1-0 menewaskan Sunderland.
Selain itu, Louis Van Gaal boleh menarik nafas lega apabila anak-anak buahnya beraksi cemerlang di Old Trafford untuk mengutip tiga mata menewaskan Stoke City 3-0.
Arsene Wenger pula kecewa hanya mengutip satu mata selepas seri tanpa jaringan menentang Southampton di laman sendiri.
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Kategori: Sukan
- Jumlah paparan: 787