Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Pemain Import Kedah Tiba Di KLIA

Sepang - Menjelang saingan Liga Malaysia 2016, kuota barisan pemain import Kedah kini lengkap dengan kehadiran penyerang dari Brazil, Carlos Kahe yang dikatakan akan menggantikan Chidi Edeh. 

Carlos Kahe atau Carlos Eduardo de Souza Floresta, 33 tahun berasa teruja untuk membantu Kedah musim ini. 

Kahe yang pernah beraksi bersama Sandro da Silva di sebuah kelab bolasepak di Turki pada tahun 2007-2010 yakin keserasian yang sedia ada pasti menguatkan jentera serangan Lang Merah. 

Kahe juga pernah beraksi di bundesliga bersama pasukan Borussia Monchengladbach pada tahun 2005 hingga 2007. 

Rakan senegara Kahe, Sandro da Silva Mendonca berkata saingan pastinya lebih sengit buat musim ini namun itu tidak menjadi penghalang buatnya untuk memberikan sesuatu buat lang merah. 

Kedua-dua mereka ditemui ketika tiba dari Dubai di KLIA.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 2028