Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Vicenzo Nibali Juara Jelajah Berbasikal Oman 2016

Oman - Vicenzo Nibali berjaya mengekalkan kelebihan hanya 15 saat untuk terus mendahului dan muncul juara keseluruhan jelajah Berbasikal Oman 2016.

Vincenzo Nibali mula mendahului perlumbaan selepas memberi kayuhan bertenaga di peringkat keempat.

Dan beliau meneruskan prestasi cemerlangnya di peringkat kelima dan keenam peringkat terakhir untuk mengekalkan jersi merah pendahulu keseluruhan dan muncul juara.

Pesaingan terdekat dari Perancis, Bardet gagal untuk menyaingi kepantasan Nibali dan menamatkan saingan di tempat kedua.

Sementara, pelumba Denmark, Jakob Fuglsang ketiga keseluruhan 24 saat di belakang Nibali.

Peringkat terakhir ini, diunggulu pelumba Norway, Alexander Kristoff dan Brendan Canty menamatkan saingan selaku pelumba muda terbaik.




  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 657