Tuesday, 16 August 2022

KHM mahu bertemu KBS, mohon dana tambahan

(Datuk Seri Subahan Kamal)

SEPANG, 16 Ogos- Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) akan bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan untuk memohon dana tambahan.

Ia sebagai persediaan bagi mengharungi jadual tahun depan yang padat dengan kejohanan besar peringkat Asia dan Dunia.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menerangkan perancangan pihaknya.

"Tahun depan sukan SEA memang ada indoor lelaki dengan wanita jadi ini adalah harapan negara untuk mendapat dua pingat lagi dan saya cukup yakin bahawa malaysia dalam hoki ini kita akan berikan empat pingat emas untuk negara.

"Dan saya harap supaya akan lihat dengan lebih mendalam, berikan peruntukan lebih sedikit supaya kita dapat gunakan dana itu untuk memberi peluang kepada pemain-pemain ini baik pasukan out door mahu pun indoor untuk keluar bermain dan berlatih dan bersaing dalam banyak pertandingan," katanya.

(Subahan Kamal ketika menyambut skuad hoki dalam dewan lelaki negara di KLIA)

Beliau berkata demikian kepada media, selepas menyambut skuad hoki dalam dewan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sukan hoki negara terus melakar keputusan cemerlang di pentas antarabangsa.

Terbaharu, Malaysia mencipta sejarah muncul juara kategori lelaki di Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022, menewaskan juara bertahan Iran 3-2 menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi final di Bangkok, Thailand semalam.

Pasukan wanita negara pula membawa pulang pingat gangsa.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Sukan
  • Hits: 56