SUKMA 2024: Sarawak bina velodrom sebagai persediaan tuan rumah
- Written by Media Baharu
- Published in Sukan

KUCHING, 18 Mac-Sarawak akan membina sebuah velodrom di Kuching dalam persediaan menjadi tuan rumah bagi Sukan Malaysia-Sukma 2024.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaannya akan dilaksana secepat mungkin selain menaiktaraf fasiliti sukan lain di sana.
Pada masa sama katanya, kerajaan negeri mahu agar temasya sukan tersebut dirasai di seluruh negeri Sarawak dan tidak hanya tertumpu di kawasan Kuching sahaja.
Antara kawasan yang berada di dalam perancangan termasuk Sri Aman, Sibu dan Miri.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengumumkan Sarawak selaku tuan rumah Sukma 2024, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma.
Sarawak bakal menjadi tuan rumah buat kali ketiga selepas edisi 1990 dan 2016.
(FOTO HIASAN/FOTO RTM)