Liga Perdana Inggeris : Newcastle cerahkan peluang ke Liga Juara musim depan
- Written by Media Baharu
- Published in Sukan

NOTTINGHAM, 18 Mac-Penyerang Newcastle, Alexander Isak percaya kelab berkenaan akan berjaya merebut tempat ke Liga Juara musim depan selepas kemenangan ke atas Nottingham Forest 2-1 semalam.
Dua gol jaringan Alexander Isak meletakkan Newcastle satu mata dibelakang Tottenham Hotspurs dengan baki satu perlawanan.
"Kami percaya dan kami mempunyai kesempatan baik untuk mara", kata Isak.
Pada perlawanan yang berlangsung semalam, Newcastle dikejutkan dengan gol tuan rumah menerusi Emmanuel Dennis pada minit ke-26.
Tersentak dengan gol itu, Newcastle memperkemaskan permainan dan melancarkan asakan terhadap kubu Nottingham Forrest.
Asakan bertubi-tubi Newcastle akhirnya membuahkan hasil selepas percubaan akrobatik Alexander Isak gagal ditampan penjaga gol Nottingham Forest pada minit-minit akhir separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua, Newcastle menggandakan asakan bagi mencari gol sebanyak mungkin.
Hasilnya,Mgpies berjaya mendapatkan gol kedua hasil penalti Alexander Isak pada minit akhir permainan.
Sementara itu, kekalahan kepada Newcastle meletakkan Nottingham Forrest dua mata diatas zon penyingkiran.
"Malang sekali tewas di saat-saat akhir permainan. Kami harus menyalahkan diri sendiri atas kekalahan ini", kata Steve Cooper, pengurus pasukan.-AFP
(Pemain Newcastle meraikan kejayaan menewaskan Nottingham Forrest/AFP)