Wednesday, 1 February 2023

 

Everton sahkan Lampard lepas jawatan pengendali kelab

  • Published in Sukan

(FOTO AFP)

LONDON, 24 Januari- Frank Lampard dipecat sebagai pengendali Everton selepas kurang setahun membimbing pasukan yang kini bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris itu.

Lampard menggantikan Rafael Benitez pada Januari 2022, tetapi bekas bos Chelsea itu terpaksa meninggalkan pasukan yang kini berada di tangga ke-19 liga.

Everton tewas 2-0 kepada West Ham Sabtu lalu, kekalahan kesembilan dalam 12 aksi Liga Perdana Inggeris yang meletakkan mereka pada kutipan mata smenyamai pasukan tercorot, Southampton.

Pemilik Everton, Farhad Moshiri sebelum ini memberikan sokongan terhadap Lampard, namun kekalahan di West Ham, yang disaksikan sendiri oleh pemilik itu selepas menghadiri perlawanan buat pertama kali dalam tempoh 14 bulan

Ia sudah cukup untuk membuatkan legenda Chelsea itu dipecat.

"Everton Football Club secara rasmi mengesahkan yang Lampard telah melepaskan jawatannya sebagai pengendali pasukan utama lelaki.

"Semua di Everton mengucapkan terima kasih kepada Lampard dan barisan kejurulatihannya di atas perkhidmatannyasepanjang 12 bulan.


(Everton Football Club secara rasmi mengesahkan yang Lampard telah
melepaskan jawatannya sebagai pengendali pasukan/AFP)

"Dedikasi dan komitmen Lampard serta pasukannya sangat memberangsangkan sepanjang kehadirannya di kelab, tetapi keputusan perlawanan dan kedudukan dalam liga memaksa kami membuat keputusan sukar ini.

"Kelab sudah memulakan proses mendapatkan pengendali baharu dan akan memaklumkannya dalam masa terdekat," kata Tottenham.

Paul Tait dan Leighton Baines akan mengendali sesi latihan buat sementara waktu, dengan Everton akan bertemu pendahulu liga, Arsenal pada 4 Februari.

Lampard tiba di Everton 12 bulan lalu dengan pasukan itu merosot di tempat ke-16.

Bekas pemain tengah Chelsea dan England itu pada mulanya melihat masa depan cerah bagi membantu kelab Merseyside itu mengelak penyingkiran.- AFP