Wednesday, 1 February 2023

 

Terbuka Australia: Rybakina mara ke separuh akhir

  • Published in Sukan

(Elena Rybakina, pemain 25 tahun dari Latvia itu mengakui sukar buatnya untuk kembali
menemui rentak selepas memenangi Terbuka Perancis 2017 pada usia 19 tahun/AFP)

MELBOURNE, 24 Januari- Juara Wimbledon, Elena Rybakina mara ke separuh akhir Terbuka Australia buat kali pertama selepas kemenangan 6-2, 6-4 ke atas Jelena Ostapenko sebentar tadi.

Pemain pilihan ke-22 itu mengatasi bekas juara Terbuka Perancis, yang menjadi pilihan ke-17, dalam tempoh 1 jam 19 minit di Rod Laver Arena dan akan bertemu sama ada Jessica Pegula atau Victoria

Azarenka untuk merebut tempat ke final.

"Saya amat gembira dapat mara ke separuh akhir (Terbuka Australia) buat pertama kali. Suasananya sangat menakjubkan.

"Sudah tentu, saya gementar, terutamanya dalam perlawanan terakhir, sejujurnya. Tidak segugup sebelum perlawanan. Saya sangat gembira kerana saya berjaya mengatasi emosi sendiri, saya bermain dengan sangat baik hari ini," " kata pemain Kazakhstan itu.

Rybakina juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan bimbingannya kerana membantunya mengatasi kegelisahan ketika dia cuba menamatkan perlawanan dengan kemenangan.

“Saya cuba bertenang, tetapi saya perlukan mereka dan ia banyak membantu semasa perlawanan,” katanya.

(Elena Rybakina/AFP)

Ostapenko memenangi kedua-dua pertemuan antara mereka sebelum ini - kali terakhir di Eastbourne dua tahun lalu - dan turut mara ke suku akhir pertamanya di Terbuka Australia.

Pemain 25 tahun dari Latvia itu mengakui sukar buatnya untuk kembali menemui rentak selepas memenangi Terbuka Perancis 2017 pada usia 19 tahun.

Selepas menewaskan Coco Gauff di pusingan keempat, keyakinannya kembali melonjak tetapi dikecewakan oleh Rybakina yang memburu gelaran Grand Slam keduanya dalam dalam tempoh enam bulan selepas mengungguli Wimbledon pada Julai. - AFP