Wednesday, 8 February 2023

 

Piala Dunia 2022: Perancis 'ujian terbesar' buat England

  • Published in Sukan

(FOTO IHSAN FIFA)

AL KHOR, 5 Disember- Gareth Southgate mengakui England bakal menghadapi 'ujian terbesar' apabila akan menentang penyandang juara, Perancis dalam aksi suku akhir Sabtu ini.

Skuad Southgate bangkit daripada permulaan yang gugup sebelum menang 3-0 menentang Senegal dalam pertembungan 16 terakhir pada Ahad di Stadium Al Bayt.

England akan kembali ke Al Khor pada humenentang pasukan Perancis yang ingin menjadi pasukan pertama memenangi Piala Dunia berturut-turut.

Walaupun England kelihatan mengkagumkan sebaik Jordan Henderson meletakkan mereka di depan menentang Senegal, dengan Harry Kane dan Bukayo Saka turut menjaringkan gol menentang juara Afrika itu, Southgate tahu pasukan kendalian Didier Deschamps berada pada kelas tersendiri.

"Ia adalah ujian terbesar yang boleh kami hadapi. Mereka adalah juara dunia, dengan bakat yang luar biasa dan pemain yang cemerlang," kata Southgate.

Kemenangan 3-1 Perancis menewaskan Poland dalam aksi 16 terakhir, hanya beberapa jam sebelum England menyertai mereka di suku akhir.

Dalam perlawanan tersebut, Mbappe menjaringkan dua gol dan kini mengumpul lima gol dalam kejohanan tahun ini.

"Mbappe sudah tentu pemain bertaraf dunia. Dia sudah pun mencapai detik-detik besar dalam kejohanan ini dan dalam kejohanan sebelumnya," kata Southgate.

"Griezmann juga seorang pemain yang luar biasa,begitu juga dengan Giroud dan mereka juga mempunyai pemain tengah yang cemerlang. Ia adalah ujian yang besar tetapi menjadi sesuatu yang sangat kami nantikan."

Senada dengan penilaian Southgate terhadap Perancis, Kapten England, Harry Kane berkata: "Sabtu nanti akan menjadi malam yang sukar. Perancis adalah pasukan yang hebat. Mereka adalah juara bertahan.

"Jika anda mahu memenangi Piala Dunia, anda perlu bermain dengan pasukan terbaik di dunia dan Perancis pastinya salah seorang daripada mereka."

Walaupun England mempunyai sebab yang kukuh untuk 'menghormati' Perancis, Southgate juga boleh berbangga dengan pasukan kendaliannya yang telah menunjukkan prestasi yang semakin baik memasuki penghujung perniagaan kejohanan.

The Three Lions telahpun menjaringkan 12 gol dalam empat perlawanan di Piala Dunia tahun ini.


(FOTO IHSAN FIFA)

Sementara itu, Kane turut memuji persembahan terbaik rakan-rakannya sejurus selepas tamat perlawanan.

"Perlawanan kalah mati tidak pernah mudah. Kami mempamerkan kematangan yang hebat melalui kejohanan itu," kata Kane kepada ITV selepas dia kini hanya ketinggalan satu gol di belakang rekod Wayne Rooney yang mengumpul 53 jaringan untuk England.

"Mentaliti berada pada tahap terbaik dari awal dan kami mengambil peluang apabila ia hadir."

Pada usia 29 tahun, Kane adalah salah seorang pemain senior dalam skuad Gareth Southgate ketika pemain muda Jude Bellingham, Phil Foden dan Bukayo Saka sekali lagi menunjukkan persembahan terbaik mereka.- AFP


(FOTO IHSAN FIFA)