Tuesday, 29 November 2022

Cheng Hoe terap gaya permainan moden dalam misi pulihkan reputasi Red Giants

  • Published in Sukan

SHAH ALAM, 28 September - Gaya permainan moden akan diterapkan kepada skuad Red Giants bagi mengembalikan semula imej dan reputasi skuad itu yang tercalar sebelum ini.

Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe bagaimanapun mengakui ia bukan tugas yang mudah dan berharap kesemua pemain Selangor dapat menyesuaikan diri dengan gaya permainan tersebut secepat mungkin.

(Tan Cheng Hoe)

"Dalam masa terdekat bukan mudah untuk pemain menyesuaikan suasana permainan tersebut tetapi dengan latihan dan komitmen yang ditunjukkan saya nampak hari kedua pemain-pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan di Pusat Latihan Selangor, di sini.

Tambah bekas pengendali Harimau Malaya itu, skuad Red Giants memiliki ramai pemain muda yang berbakat dan berpotensi digilap menjadi pemain berkualiti pada masa hadapan.

Sasarannya ketika ini ialah membawa juara Piala Malaysia 33 kali itu beraksi dalam kempen Piala AFC.