Tuesday, 29 November 2022

Petronas jadi pembekal bahan api jentera Formula Satu Mercedes bagi musim 2026

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 28 September - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Pasukan Formula Satu (F1) Mercedas-AMG mengumumkan perlanjutan kerjasama dalam pembekalan bahan api jentera bagi era peraturan baharu perlumbaan yang akan berkuat kuasa pada musim 2026.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata menerusi perjanjian tersebut Petronas akan berperanan dalam membangunkan penyelidikan dan penyediaan bahan api.

Manakala Mercedes pula akan meneruskan kepakaran mereka dalam teknologi enjin.

(Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk
Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz)

"Penyertaan ini merupakan satu tanggungjawab seperti yang telah ditetapkan oleh peraturan FIA bermula pada 2026. Kita sudah memulakan kerjasama dalam projek ini. Kami teruja dengan cabaran ini dan kami mahu memainkan peranan dalam menjamin persekitaran yang mampan bagi perlumbaan F1," katanya ketika majlis menandatangani perjanjian tersebut di ibu negara.

Petronas dan Mercedes telah menjalin kerjasama dalam arena Formula Satu sejak 2010, dan telah memenangi 15 kejuaraan.