Thursday, 8 December 2022

PM ucap tahniah kepada Harimau Malaya, naib juara Piala Raja Thailand

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 26 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang muncul sebagai naib juara Piala Raja Thailand dalam aksi di Chiang Mai, malam tadi.

Perdana Menteri berkata beliau yakin skuad bimbingan Kim Pan Gon telah mempamerkan aksi terbaik dan Keluarga Malaysia akan terus menjadi penyokong kuat pasukan kebangsaan.

(FOTO FB FAM)

“Keluarga Malaysia tetap bangga dengan semangat juang seluruh pemain Harimau Malaya pada malam ini (malam Ahad). Saya yakin para pemain sudah memberikan yang terbaik, namun jadikan perlawanan ini sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih gigih bagi perlawanan yang akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook lewat malam tadi.

Harimau Malaya tewas kepada Tajikistan 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand, sekali gus gagal menamatkan kemarau 44 tahun merangkul kejuaraan itu.

Terdahulu, setelah 90 minit aksi berlangsung tanpa jaringan, menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.- BERNAMA