Sunday, 2 October 2022

Raducanu melangkah ke separuh akhir Terbuka Korea

  • Published in Sukan

(FOTO AFP)

SEOUL, 23 September- Bintang muda Britain, Emma Raducanu mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis WTA Terbuka Korea setelah menewaskan pilihan ketiga, Magda Linette 6-2, 6-2.

Pemain pilihan keenam berusia 19 tahun itu seterusnya akan berdepan pilihan pertama kejohanan, Jelena Ostapenko untuk merebut tempat di perlawanan akhir.

Ostapenko, juara Terbuka Perancis 2017 menumpaskan pemain ranking ke-186, Victoria Jimenez Kasintseva 6-2, 6-1 dalam aksi suku akhir.

Raducanu mengejutkan dunia tenis apabila bangkit daripada pusingan kelayakan untuk menjuarai Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.

Dia bagaimanapun bergelut untuk membina lebih banyak kejayaan dan gagal mempertahankan gelaran Grand Slamnya itu apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka AS bulan lalu.

Raducanu yang mencapai ranking ke-10 dunia pada Julai lalu kini berada di tangga ke-77. -AFP


(Emma Raducanu tewaskan Linette pada suku akhir Terbuka Korea di Seoul/AFP)