Logo

SUKMA 2022: Sukan bola tampr, Johor atasi Selangor untuk emas ke 63

SELANGOR, 23 September- Pasukan bola tampar wanita Johor berjaya meraih pingat emas selepas menundukkan Selangor pada aksi final yang berlangsung di Dewan Bola Tampar Majlis Bandaraya Shah Alam, MBSA, semalam.

Johor terlebih dahulu mendahului Selangor pada 2 set awal dengan 25-18,25-18.


(Pasukan bola tampar wanita Johor berjaya meraih pingat emas)

Namun Selangor berjaya bangkit menyamakan kedudukan dengan 21-25, 22-25 pada set seterusnya.

Pada set penentuan, Johor lebih cemerlang untuk menutup perlawanan dengan 21-19 sekaligus menghadiahkan emas ke 63 buat kontinjen selatan tanah air itu.

Perak milik Selangor dan gangsa milik kontinjen Sarawak.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.