Sunday, 2 October 2022

Sukma 2022: Pertama kali sertai SUKMA, pemain golf kebangsaan rangkul 2 emas

  • Published in Sukan

SELANGOR, 23 September- Pemain Golf Kebangsaan Jeneath Wong dari Wilayah Persekutuan yang pertama kali menyertai Sukma, meraih dua emas menerusi acara golf final individu dan berpasukan wanita.

Berlangsung di Kelab Golf Negara Subang KGNS, Jeneath berjaya membuat 219 pukulan mengatasi Foong Zi Yu dari Selangor yang meraih Perak dengan 225 pukulan, manakala Gangsa dimenangi Jocelyn Chee Yi Min dari Kedah.


(Pemain Golf Kebangsaan Jeneath Wong dari Wilayah Persekutuan meraih dua emas
menerusi acara golf final individu dan berpasukan wanita)

Berpasukan wanita Wilayah Persekutuan yang turut diwakili Jeneath, serta Ng Jin Xuen dan Victoria Tan, meraih emas dengan 446 pukulan, diikuti Sarawak yang memenangi Perak dan Kedah meraih Gangsa.

Bagi individu lelaki, Malcolm Ting berjaya merangkul pingat emas, walaupun terpaksa berhempas pulas melalui dua playoff menentang Muhammad Ikhmal Basry dari Wilayah Persekutuan, yang memperoleh perak dan seterusnya gangsa milik Zia Iqmal Abdul Rashid dari Terengganu.

Bagi Berpasukan Lelaki akhir, Selangor berjaya pertahankan emas pada 2018, diikuti Johor meraih Perak dan Wilayah Persekutuan membawa pulang gangsa.