Wednesday, 28 September 2022

KDA FC perlu rombakan menyeluruh

  • Published in Sukan

(Datuk Seri Muhammad Sanusi/UPDA)

ALOR SETAR, 13 Ogos- Prestasi hambar skuad bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC bukan berkaitan masalah pembayaran gaji tetapi meliputi semua aspek yang memerlukan rombakan secara keseluruhan.

Presiden KFA FC, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata rombakan itu bagi memastikan skuad kendalian Aidil Shahrin Sahak mampu terus bersaing dalam baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang akan berlangsung pada Oktober depan.

"Saya tidak fikir masalah pembayaran menjadi punca kemerosotan. Mungkin dari segi teknik, strategi, benda-benda baharu yang perlu dihasilkan, kesungguhan daripada kalangan pemain sendri daripada pegawai yang perlu dibaik pulih untuk meningkatkan prestsi semasa ini.

"Saya pun sudah dimaklumkan oleh KDA FC apa yang telah mereka buat. Saya harap pengalaman KDA FC ke separuh akhir akan bantu meningkatkan prestasi Kedah dalam Liga Super atau Piala Malaysia." kata Muhammad Sanusi.

Katanya, cadangan rombakan itu perlu dibuat setelah Kedah mengalamai rentetan kekalahan termasuk dalam saingan Piala FA dan separuh akhir Piala AFC.

(Antara aktiviti dan pameran HBN ialah penyertaan motosikal hiasan dan kreatif dari belia
/UPDA)

Menteri Besar Kedah itu juga berkata pengurusan KDA FC telah bertemu dengannya dan memberikan taklimat berikutan aksi hambar tersebut.

Katanya kesesuaian juga perlu dilihat jika terdapat keperluan merombak kadar bayaran pemain dan jurulatih.

Jelas beliau ketika menyaksikan perlawanan separuh akhir antara KDA FC dengan PSM Makassar di Bali, Indonesia, beliau dimaklumkan bayaran pemain dan
jurulatih pasukan lawan lebih separuh rendah daripada skuad KDA FC.

Episode kekalahan KDA FC bermula 15 Julai lalu, dengan KDA FC tewas lagi kepada Sri Pahang FC 0-2 pada 1 Ogos.

Lebih memilukan pada 9 Ogos lalu, mereka tewas 1-2 kepada PSM Makassar walaupun dilihat mampu ke pentas akhir Piala AFC 1 ogos.

Lebih memilukan pada 9 ogos lalu, tewas 2-1 kepada PSM Makassar walaupun dilihat mampu ke pentas final Piala AFC .