Wednesday, 28 September 2022

Piala Dunia bermula sehari awal

  • Published in Sukan

DOHA, 12 Ogos - Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya mengesahkan bahawa Piala Dunia 2022 di Qatar akan bermula pada 20 November ini, sehari awal daripada jadual asal.

Perkara tersebut diputuskan selepas badan induk tersebut mendapat persetujuan dalam kalangan ahli gabungannya.

(Perkara tersebut diputuskan selepas badan induk tersebut mendapat persetujuan
dalam kalangan ahli gabungannya)

Perubahan tersebut telah ditandatangani oleh jawatankuasa yang terdiri daripada ketua enam konfederasi serantau FIFA dan Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Berdasarkan jadual asal, aksi pertama Qatar menentang Ecuador pada 21 November manakala majlis perasmian berlangsung sehari sebelum sepak mula tersebut.

Kebiasaannya majlis perasmian bagi kejohanan tersebut akan berlangsung sebelum aksi pertama Piala Dunia.