Sunday, 2 October 2022

'Baseball Five' medan kelayakan skuad negara ke Kejuaraan Dunia di Mexico

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Malaysia bakal berentap dengan 8 lagi negara Asia dalam Kejuaraan 'Baseball Five' Asia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Rabu depan.

Presiden Persatuan Sofbol Malaysia (PSM), Willeam Mah Choon How berkata, penganjuran sulung itu akan menjadi medan kelayakan skuad negara ke Kejuaraan Dunia di Mexico, pada November nanti.

Antara negara yang akan beraksi pada kejohanan tersebut ialah Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Pakistan dan Thailand.

"Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap mereka, sekiranya mereka beraksi dengan baik, mereka boleh berada pada kedudukan tiga terbaik, ini apa yang kami semua harapkan.

Kami mempunyai peluang yang sama rata walaupun bersaing dengan pemain terbaik dari Korea dan Jepun," katanya pada sidang media kejohanan tersebut.

(Willeam Mah Choon How, Presiden Persatuan Sofbol Malaysia) 

Turut hadir Presiden Softball Asia, Datuk Low Beng Choo.