Friday, 19 August 2022

Grand Prix Belanda: Bagnaia pintas Quartararo

  • Published in Sukan

(FOTO REUTERS)

NETHERLANDS, 27 Jun- Pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia berjaya mengekalkan momentum sehingga penghujung perlumbaan dalam misi mengungguli Grand Prix Belanda.

Sekali gus melengkapkan kemenangan ketiganya selepas juara terdahulu, Fabio Quartararo terjatuh dua kali sehingga memaksanya berhenti dari perlumbaan semalam.

Quartararo bersaing untuk tempat kedua dengan pelumba Aprilia, Aleix Espargaro namun gagal apabila berlaku sentuhan pada gerakan memotong berisiko pada pusingan lima dan menyebabkan pelumba Yamaha itu terjatuh.

(FOTO REUTERS)

Pasukan Yamaha menjadi lebih teruk apabila Franco Morbidelli juga hilang kawalan pada selekoh yang sama sebelum Quartararo terhempas buat kali kedua.

Espargaro menamatkan saingan di tempat keempat selepas pusingan akhir yang penuh sensasi apabila memintas pelumba Red Bull KTM, Brad Binder dan Jack Miller dari Ducati pada pusingan terakhir.

Bagi tempat kedua pula dimenangi pasukan VR46 Racing, Rookie Marco Bezzecchi manakala tempat ketiga pula disandang oleh Maverick Vinales dari pasukan Aprilia.

Bagnaia merupakan naib juara bagi kejuaraan tahun lalu, gagal menamatkan dua perlumbaan terakhirnya di Catalunya dan Jerman.

Namun menebusnya kekecewaan kali ini di Assen yang mana Ducati kali terakhir bergelar juara pada 2008 ketika Casey Stoner bersama pasukan Itali itu. -AFP