Friday, 19 August 2022

Djokovic dalam misi saingi juara Wimbledon 7 kali, Pete Sampras

  • Published in Sukan

(Foto fail/ AFP)

LONDON, 27 Jun- Novak Djokovic kini dalam misi menyaingi rekod dimiliki bekas juara dunia, Pete Sampras sebagai juara Wimbledon 7 kali.

Ketiadaan Daniil Medvedev yang tidak dibenarkan bertanding selain Alexander Zverev yang cedera, meletakkan pemenang kejohanan utama 20 kali Djokovic sebagai pilihan utama kejuaraan berprestij berkenaan.

Juara bertahan berusia 35 tahun itu akan memulakan saingan bertemu pemain Korea di ranking ke 75 dunia, Kwon Soon-woo.

(Foto fail/ AFP)

Djokovic, meraih motivasi tambahan berikutan gelaran Wimbledon ini adalah yang terakhir baginya untuk tahun ini.

Bagaimanapun, keengganannya untuk mendapatkan vaksin bermakna dia akan terus dilarang daripada memasuki Amerika Syarikat untuk menyertai Terbuka Amerika nanti.

Sekali gus boleh melenyapkan peluangnya untuk meraih gelaran Wimbledon keempat berturut-turut. -AFP