Friday, 19 August 2022

Atlet Malaysia sedia harungi Kejohanan Badminton Tebuka Malaysia 2022 esok

  • Published in Sukan

(Beregu badminton kebangsaan sedang menjalani sesi ujian gelanggang di Axiata Arena, Bukit Jalil)

BUKIT JALIL, 27 Jun- Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky menegaskan beregu Lelaki dan Wanita negara bersedia kini sedia untuk mengharungi Kejohanan Badminton Tebuka Malaysia 2022, esok.

Jelasnya, kedua-dua pemain itu telah memperlihatkan perkembangan yang positif selepas menjalani latihan selama seminggu bersama pasukan Chinese Taipei, Belanda dan Perancis.

"Kedua pemain ini mempunyai corak permainan yang berbeza, namun apa yang saya lihat mereka sudah bersedia untuk kejohanan ini," jelasnya kepada media sesi ujian gelanggang di Axiata Arena, Bukit Jalil.

(Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky)

Sementara itu bagi beregu lelaki negara Man Wei Chong, beliau kini bebas daripada kecederaan dan tidak sabar untuk memulakan aksi di Axiata Arena esok.

"Dalam gelanggan saya berasa selesa kerana stadium ini sangat besar dan ada rintangan angin yang sedikit,"

Bagi pasangannya Tee Kai Wun, aksi Terbuka Malaysia bakal dimanfaatkan sebaiknya selain menjadi medan pendedahan buat mereka menentang jaguh-jaguh dunia.

"Saya yakin ini bukanlah perlawanan yang mudah kerana melibatkan semua pemain antarabangsa, jadi saya perlu lakukan yang terbaik untuk merebut peluang ini," katanya.