Friday, 19 August 2022

Skuad bola sepak wanita seri tanpa jaringan menentang Bangladesh

  • Published in Sukan

(Foto FAM)

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Pasukan bola sepak wanita kebangsaan gagal melunaskan dendam kekalahan kepada Bangladesh, selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Dhaka, semalam.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada penjaga gol negara Azurin Mazlan atas tindakan berani menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya, termasuk peluang keemasan pasukan tuan rumah sepanjang 90 minit aksi di Stadium Bir Sherestha Shaheed Shipahi Mostafa Kamal.

Bagaimanapun, Kedua-dua pasukan buntu meledak jaringan yang dicari-cari sehingga wisel penamat.

(Aksi skuad kebangsaan menentang Bangladesh du Dhaka, semalam)

Keputusan seri itu menyaksikan Malayan Tigress gagal membawa pulang sebarang kemenangan dalam dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Bangladesh selepas dibelasah 0-6 di venue sama, Khamis lalu.

Dua aksi persahabatan itu, adalah sebahagian persediaan menghadapi Kejohanan AFF 2022 di Filipina dari 4 hingga 17 Julai ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A dan akan memulakan kempen saingan bertemu Singapura pada 4 Julai, diikuti Indonesia, Filipina, Thailand dan Australia.